IPOH - “Mujur ada van kalau tidak…,” demikian reaksi jurubahasa Mahkamah, T Priya, 32.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, van yang diletakkan di tempat letak kereta betul-betul di pintu hadapan Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh remuk selepas dirempuh sebuah bas Perak Transit yang terbabas di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab itu.
Menurut Priya, van milik syarikat penyelenggara alat keselamatan itu adalah penyelamat apabila ia menjadi penghadang terakhir selepas bas berkenaan merempuh tembok batu.
“Saya terkejut mendengar bunyi kuat dan melihat bas sudah terlekat pada van itu, Kalau van tiada, mungkin bas ini boleh terlajak hingga merempuh pintu kaca utama bangunan kompleks ini,” katanya.
Sementara itu, pemilik van, Osman Abu Bakar, 53, yang cedera ringan di tangan kanan sempat melarikan diri apabila melihat bas berkenaan meluru ke arahnya ketika menunggah alat pemadam api daripada vannya.
“Sebelum kejadian, saya dengar hon berbunyi panjang dan melihat sebuah kereta berwarna putih membuat pusingan U secara tiba-tiba di hadapan bas berkenaan.
“Mungkin ia cuba mengelak dan terus meluru ke arah saya. Saya terus lari menyelamatkan diri dan apabila berpaling van saya sudah remuk di bahagian pemandu,” katanya.
Pemandu bas yang merupakan seorang wanita berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.