Ahad, 20 November 2016

Najib masih ‘bershalala’ ketika rakyat tertekan

OLEH NAZLI IBRAHIM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih mampu bernyanyi dan bergembira walaupun kehidupan rakyat semakin tertekan.

Presiden Parti KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak cukup dengan itu, Najib juga cuba menafikan hak rakyat untuk berhimpun.

“Ketika rakyat menderita, Najib masih boleh ‘bershalala’ lagi sedangkan rakyat tertekan,” kata Dr Wan Azizah dalam ucapannya pada BERSIH 5 di KLCC di sini, semalam.

Jelasnya, kebangkitan rakyat dalam perhimpunan BERSIH 5 merupakan simbol penolakkan takyat terhadap kerajaan yang rakus dan rasuah.

Katanya, rakyat akan dipertanggungjawabkan untuk membayar hutang negara akibat kelemahan Najib.
Beliau juga menggesa pihak bertanggungjawab menangkap MO1 dan bukan orang ramai yang menghadiri BERSIH 5.=EZY=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.