OLEH NAZLI IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Rakyat yang menyertai Perhimpunan Aman BERSIH 5
hari ini hanya menuntut supaya Malaysia diuruskan dengan baik tanpa
penyelewengan berleluasa.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata,
justeru tindakan polis menahan beberapa individu berkenaan perhimpunan
itu tidak sepatutnya berlaku.
“Kita bukan Jamal, kita bukan pencuri, kita bukan pembunuh tetapi
hanya rakyat yang mahukan keadilan,” katanya ketika berucap di dihadapan
kira-kira 30,000 peserta BERSIH 5 di KLCC, di sini, petang tadi.
Katanya, tindakan rakyat turun berhimpun hari ini bukan satu kesalahan tetapi demi menyelamatkan negara.
“Rakyat harus bersedia menumbangkan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.