Oleh Azizul Osman
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengesahkan dirinya akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa
berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang
Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat minggu lalu.
"Dia (polis) ada panggil. Tapi jadualnya belum ditetapkan lagi (bila
boleh beri keterangan). Dia ada bagi tarikh tapi lepas dirunding dia
kata tunggu mungkin minggu depan, saya tidak tahu.
"Ada dia minta saya datang Bukit Aman," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Muhyiddin antara tiga bekas menteri yang dipanggil Bukit Aman berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan.
Ahli Parlimen Pagoh itu akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)
1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Selain Muhyiddin, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah
dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal juga dipanggil untuk disiasat berhubung isu yang sama.
"Nanti bila saya dipanggil saya akan jelaskan. Tidak di Parlimen," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.