OLEH MUHAMMAD FAEEZ BIN AZAHAR
Kenaikan
harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan
negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing. Kenaikan bulan
ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga
RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90).
Biarpun
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan
belanjawan 2016, tidak sampai sebulan kerajaan telah membuktikan
belanjawan yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara
mengalami krisis kewangan. Kerajaan sendiri menunjukkan kepada
masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2016 tempang dan sukar
untuk dilaksanakan.
Rakyat
baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata
masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M) dan sebagainya. Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan
tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak.
Rakyat
perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang
ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya
membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga
minyak!
MUHAMMAD FAEEZ BIN AZAHAR
Pengarah Komunikasi
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH)
Negeri Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.