Selasa, 1 November 2016

BERSIH hantar notis perhimpunan 19 November kepada polis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: BERSIH 2.0 telah mengemukakan notis 10 hari kepada polis, seperti dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman untuk mengadakan perhimpunan pada 19 November ini, menurut pemerhati pilihan raya itu.
 
Dalam satu kenyataan, ia berkata peserta perhimpunan akan bertemu di Dataran Maybank, Jalan Bangsar dan Masjid Negara sebelum berjalan ke Dataran Merdeka.
 
Katanya, perhimpunan itu akan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.
 
Kira-kira 1,000 orang akan membentuk satu pasukan keselamatan dengan 80 kakitangan perubatan diletakkan dalam keadaan bersedia.
 
Notis untuk perhimpunan tersebut telah diserahkan ke balai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Brickfields dan Dang Wangi.
 
"BERSIH 2.0 akan membuat tindakan susulan dengan pihak polis pada minggu akan datang dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," kata kumpulan itu.
 
"Kami berharap pihak polis akan bekerjasama dengan kami dan menyediakan tenaga kerja dan anggota keselamatan pada 19 November," katanya.
 
BERSIH 2.0 berkata, ancaman keganasan tidak akan menghalang mereka daripada melakukan perarakan di jalan raya pada 19 November ini.
 
"Kita perlu bersatu demi memperjuangkan Malaysia yang lebih baik," katanya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.