MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah orang terakhir yang
seharusnya bercakap mengenai kebenaran, kata bekas Menteri di jabatan
Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam satu catatan di blog beliau.
"Beliau gesa umat Islam untuk mempunyai kemahiran dan mampu
menentukan kebenaran, tetapi bagaimana umat Islam mahu mengetahui apa
yang benar apabila beliau menggunakan Akta Rahsia Rasmi, polis, peguam
negara, agensi penyiasat, parlimen dan apa sahaja yang ada untuk menutup
kebenaran?" kata Zaid.
Zaid berkata demikian merujuk kepada ucapan Najib di Seminar
Wasatiyyah Antarabangsa 2016, yang bertemakan "Fiqh Tabayyun: Menghadapi
Cabaran dan Fitnah Media Sosial", Isnin lalu.
Najib dilaporkan berkata menyemak asas kebenaran atau prinsip 'fiqh
tabayyun' harus diperdanakan dan menjadi bidang ilmu yang perlu dikuasai
umat Islam di negara ini.
Perdana Menteri juga melahirkan kebimbangannya bahawa jika umat Islam
sendiri sudah tidak 'ber-tabayyun' dengan berita, malah menjunjung
fitnah sebagai sesuatu yang benar serta wajar dipercayai.
"Bagaimanapun, Perdana Menteri kita, tidak mahu fakta diketahui.
Beliau bercerita mengenai fitnah namun dirinya dan rakan-rakannya dalam
PAS tidak akan mendakwa Sarawak Report.
"Beliau memutuskan untuk menggunakan wang pembayar cukai membiayai
persidangan ini kerana mahu memberi gambaran bahawa beliau berminat
dalam kebenaran, tetapi hakikatnya bahawa Najib takutdengan kebenaran,"
tulis Zaid.
Beliau seterusnya menyamakan Najib dengan calon kontroversi presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menurutnya, kedua-dua mereka mempunyai idea sendiri tentang kebenaran
dan kepalsuan yang berbeza dari kebanyakan orang, serta tidak mengambil
peduli apa yang dunia perkatakan.
"Nasib baik, Najib tidak akan ada lagi berada di pejabat dalam masa
setahun dan Trump pula tidak akan mendekati Rumah Putih," kata Zaid.
Beliau berkata kecenderungan Najib menggunakan konsep Islam dan
bahasa Arab, yang beliau percaya tidak difahami mahupun dipercayai
perdana menteri sendiri dilakukan semata-mata untuk mendapatkan undi
orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.