SEPANG: Sembilan lelaki warga Australia ditahan selepas didapati memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang ketika menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata,
kesemua mereka ditahan pada jam 5 petang semalam dan direman selama
empat hari bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua penyokong dari
Australia itu dibawah pengaruh alkohol dan seluar dalam bercorak Jalur
Gemilang itu dibeli di negara mereka.
"Mereka kini disiasat mengikut Sekayen 504 Kanun Keseksaan iaitu
perbuatan mengaibkan untuk tujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14
Kanun Keseksaan iaitu berlakuan tidak senonoh di khalayak ramai,"
katanya ketika dipetik Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.