Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius lambakan premis perjudian di sekitar Lembah Klang.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, ini kerana persatuan itu bimbang ketagihan judi bakal menyebabkan kehancuran masyarakat.
Pada Ogos lalu, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP) meletakkan kesalahan kepada pihak polis sebagai punca merebaknya masalah judi di negeri itu.
Namun, hujah Exco DAP itu dibantah oleh ADUN BN Dengkil, YB Shahrum Mohd Sharif yang berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak perlu menunding jari kepada pihak lain, sedangkan sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan melalui kesungguhan kerajaan negeri.
Exco DAP itu kemudian menjawab pihaknya belum menjumpai formula yang terbaik untuk membendung masalah itu dan masih meneliti beberapa cadangan untuk dilakukan kajian lanjut.
“Salah satu cadangan adalah kita mungkin akan…sekiranya didapati bahawa premis tersebut telah dijadikan sebagai pusat aktiviti yang haram, kita akan mungkin tidak akan memberi lesen untuk perniagaan selepas penutupan kedai tersebut selama dua hingga tiga tahun yang akan datang.
“Itu adalah satu cadangan yang masih dalam kajian kita,”kata Ean Yong, Exco PBT Kerajaan Negeri Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.