RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat.
Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.
Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut.
Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru
berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di
wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.
“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru
berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan"
kata kenyataan tersebut.
Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab
Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada
Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz
di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.
Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara
Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah
Saleh.
Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.
Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.