Zulaikha Zulkifli
Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini memberitahu bahawa beliau dihalau keluar daripada kamar khas oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini memberitahu bahawa beliau dihalau keluar daripada kamar khas oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Lim berkata, beliau dihalau Pandikar sebelum sempat
membahaskan ucapannya mengenai Belanjawan untuk Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) yang didakwa tertinggi antara semua negeri.
Menurut Lim, beliau dihalau selepas mereka bertekak
mengenai tindakan Pandikar yang mempengerusikan kamar khas berkenaan
memberi "syarahan" kepadanya berhubung isu subjudis berkaitan saman
Jabatan Keadilan (DOJ).
"Saya telah dihalau keluar oleh Pandikar dalam kamar khas sebelum saya membahaskan usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17.
"Sebelum saya bercakap, Pandikar menyuruh saya untuk duduk dan dia mula memberi 'syarahan' kepada saya.
"Dia berkata, saya telah menghinanya di luar Dewan
dengan membuat sidang media. Kenyataan terakhir yang saya buat ialah
mengenai subjudis," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Selepas itu, Lim berkata, mereka turut saling menjerkah
antara satu sama lain sebelum dihalau keluar dari sidang kamar khas
berkenaan.
"Sebelum dia habis bersyarah kepada saya, saya bangun
dan memberitahu supaya jangan bersyarah kepada saya. Benarkan saya habis
bercakap. Kemudian dia bercakap lagi, jadi saya mengatakan dia
(Pandikar) telah menghina Parlimen.
"Kemudian dia menghalau saya keluar. Sebelum saya
berjalan keluar dia menjerit kepada saya dan saya jerit balik kepada
dia. Saya cakap, kami telah dipilih oleh rakyat tetapi dia dilantik oleh
MO1.
"Kemudian dia jerit kepada saya lagi, dan saya berjalan keluar," kata Lim.
Menurut Lim lagi, antara perkara yang dibangkitkan oleh
Pandikar semasa "bersyarah" kepadanya ialah mengenai perubahan yang
telah dilakukan di Parlimen antaranya mewujudkan kamar khas.
Tetapi, Lim berkata beliau mempertikaikan tentang janji
Pandikar sebelum ini untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri
daripada anggota parlimen di kedua belah pihak sebelum sebarang rang
undang-undang dibentangkan di Parlimen.
"Jawatankuasa itu untuk meneliti draf rang undang-undang sebelum dibentangkan. Janji itu tak pernah ditepati sehingga sekarang.
"Jadi oleh itu saya mengatakan, Pandikar tidak pernah jujur dengan apa yang dikatakan," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.