OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM: Berbaki kurang 24 jam sebelum aksi perlawanan
akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah, Kapten Pasukan The Red
Giants, Andik Vermansah kini lebih tenang.
Tanpa sebarang tekanan, beliau menganggap perlawanan akhir itu
sebagai titik perhitungan terbesar dan tangunggjawab untuk membantu
Selangor mengekalkan kejuaraan.
“Saya tiada tekanan,” katanya ketika ditanya pemberita pada sidang
media Perlawanan Akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, selepas pulih daripada kecederaan, dirinya kini lebih
bersedia menyarung jersi Merah Kuning, pada aksi perlawanan akhir.
“Tanggungjawab sebagai kapten pasukan memang agak besar, namun
perlawanan ini akan menjadi perhitungan terbesar bagi saya dan pasukan
kami.
“Berbekalkan pengalaman dan aksi terdahulu, kita mempunyai keyakinan
tinggi untuk (menjadi) juara Piala Malaysia kali ini,” katanya.
Sebagai juara tradisi Piala Malaysia kali ke-33, pasukan Selangor
diyakini mampu mengekalkan kejuaraan sekali gus merealisasikan kejuaraan
Misi 34 Piala Malaysia.
Selangor bakal bertemu Kedah pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.-AA-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.