shahbudindotcom
Pada
22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah
melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri
Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau
UNSC.
Dalam
mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran Dalam
Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah
Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku
Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.
Majlis
Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu
Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah
anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih
setiap dua tahun.
Malaysia
menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB
bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada
Oktober 2014.
Semalam,
Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi Malaysia
ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25
September depan.
Menurut
laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana
Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.
Antaranya
Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat
umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan
pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi
mengenai situasi di Syria.
Dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua kali Zahid ke New York menghadiri mesyuarat PBB.
Kenapa
Najib Razak tidak pergi dalam Perhimpunan PBB ini sedangkan
negara-negara lain menghantar ketua kerajaan masing-masing yang terdiri
daripada Raja, Presiden dan Perdana Menterinya?
Mesyuarat PBB kali ini juga adalah yang terakhir dihadiri oleh Barack Obama berikutan penggalnya akan berakhir hujung tahun ini.
Apa
yang disibukkannya di Malaysia sehingga diwakilkan kepada Zahid Hamidi
menghadiri perhimpunan pemimpin politik terbesar dunia itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.