KOTA BHARU: Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan
parti itu suatu hari nanti, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang.
Hadi berkata ketika itu, parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Amanah hanya bercakap kosong
apabila mendakwa ribuan ahli PAS di Kelantan menyertai partinya.
"Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.
"Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap
konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu
hari nanti Amanah akan melutut kepada kita," katanya selepas menghadiri
Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang
Akta 355' di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan malam
tadi.
Dalam Majlis Perisytiharan Keluar PAS dan Masuk Amanah di Salor yang
diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan
Amanah mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong
PAS di negeri berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.