Khamis, 1 September 2016

DAP & PKR Dalang Di Sebalik Perhimpunan Mahasiswa #Tangkap MO1 ?




dap-mahasiswa


Bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP pusat (DAPSY) dan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad antara 9 individu yang dipanggil untuk diambil keterangan berhubung himpunan #tangkap MO1 Sabtu lalu.


Kok Seong ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak mengenali penganjur perhimpunan dan hanya datang untuk berucap.

“Saya secara peribadi tidak mengetahui siapa sebenarnya pihak penganjur tapi pada hari ini saya dipanggil.

“Ini telah buka peluang pada saya untuk mengenali anak-anak muda yang mempunyai hasrat dan wawasan yang sama untuk kita sama-sama menyuarakan harapan kita kepada negara,” katanya dilapor The Rakyat Post.



Bagaimanapun, beliau memuji usaha dan kemampuan mahasiswa yang berjaya mengadakan himpunan secara aman di Dataran Merdeka minggu lalu.

“Apa yang saya nak kata ialah, bagi saya pada hari tersebut anak-anak saya, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik dan membanggakan kita semua.

“Cuba bayangkan anak muda kita telah menganjurkan perhimpunan yang betul-betul aman, kecekapan dan kemampuan mereka,” katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi menjelaskan mereka disiasat atas tiga pertuduhan iaitu, mengancam demokrasi berparlimen, Akta Perhimpunan Aman 2012, dan Akta Hasutan 1948.

“Kita amat kesal sempena kita sambut kemerdekaan semalam, mahasiswa tunjuk keberanian yang sangat hebat kerana anjur perhimpunan untuk tegak keadilan kerana tak puas hati mengenai skandal yang membelenggu negara telah dipanggil pihak polis,” katanya.

Tujuh lagi mahahsiwa yang dipanggil adalah Anis Syafiqah Md Yusof, Aqilah Zainuzi, Amir Abd Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim, Suhail Wan Azahar dan Isaiah Jacob.

anis


Anis Syafiqah Md Yusof yang dinobatkan sebagai jurucakap #TangkapMO1 dijelaskan oleh Dr Muhaimin Sulam, Naib Pengerusi 1 PAN Perak sebagai seorang mahasiswa yang dikaderkan oleh tiga institusi politik iaitu Sekolah Demokrasi (DAP), Institut Kajian Dasar (IKD) dan PAS.

“Setahu saya, Anis adalah mahasiswa Universiti Malaya. Bukan saja dia hadir kuliah di kampusnya tetapi menyertai program Sekolah Demokrasi kendalian DAP, Institut Kajian Dasar (IKD) yang berkaitan dengan PKR dan menyertai siri tarbiah PAS,” dedahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.