shahbudindotcom
Ada
suatu cerita dahulu kala yang banyak dikisahkan zaman berzaman mengenai
seekor beruang dan buah anggur. Cerita ini berlaku dalam sebuah hutan.
Ketika
berjalan-jalan, beruang tiba-tiba terpandang buah anggur yang sedang
ranum dari sebatang pohon. Buahnya yang kemerah-merahan itu segera
menggamit seleranya.
Keinginan
untuk memetik buah anggur itu dan memasukkan ke dalam mulutnya seperti
tidak dapat ditahan-tahan lagi. Apalagi, beruang pun segera melompat
untuk meragut buah anggur yang tergantung-gantung itu.
Sekali melompat, tangannya tidak sampai untuk mencapai buah anggur itu, lalu dicubanya sekali lagi. Gagal lagi. Dia melompat lagi, tetapi gagal juga memetiknya.
Berkali-kali cuba melompat, sehingga akhirnya keletihan tetapi tidak juga dapat dipetiknya anggur itu.
Baru
disedarinya bahawa buah anggur yang sedang masak ranum itu agak tinggi
dan tak sampai dek capaiannya tangannya, meskipun telah melompat
berkali-kali.
Beruang
akhirnya duduk termenung memikirkan nasib dirinya. Tidak lama kemudian,
dia berbisik kepada dirinya, "betapa bodohnya aku bersusah payah
melompat untuk memetik anggur yang sebenarnya masam dan tidak enak untuk
dimakan itu?"
Dia
kemudian berlalu pergi, tetapi dalam hatinya tetap ada rasa kesal dan
sesekali tertoleh-toleh buah anggur yang gagal dipetiknya itu.
Lumrahnya begitulah - kalau dah tak dapat anugerah, akan dikatalah tak terhegeh-hegeh. Cuba kalau dapat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.