GEORGETOWN: ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim, tiba di Pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, di sini,
pagi ini bagi membantu siasatan berhubung isu mengatur pemilikan
hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang.
Ketua Wanita DAP Pulau Pinang itu tiba bersama peguamnya, Ram Karpal
Singh dan RSN Rayer, bagi sesi merekod percakapan berhubung isu
berkenaan yang turut membabitkan bapanya, Lim Kiat Seong.
Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan
siasatan berhubung tindakan Kiat Seong, 68 dan beberapa individu lain,
yang mengatur pemilikan hartanah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang,
di sini, sejurus menerima maklumat di laman sosial.
Ia susulan pendedahan rakaman video klip berdurasi 5.21 minit yang
menjadi viral di laman sosial, memaparkan perbualan Kiat Seong bersama
dua lelaki sedang membuat rundingan, dipercayai berhubung pemilikan
hartanah sebuah pangsapuri kos rendah di Sungai Pinang, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.