Sabtu, 27 Ogos 2016

Serangan PAN Perlu Bermula Di Kelantan, Gesa Zaid

 


LIHAT VIDEO DI SINI

 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Parti Amanah Negara (PAN) melakukan serangan untuk melemahkan PAS dengan memberi tumpuan di negeri Kelantan.


“Amanah (PAN), parti baharu gunalah platform isu ini (1MDB), pertamanya serang Kelantan. Sebab Kelantan sokong (Datuk Seri Mohd) Najib,” gesanya di hadapan kira-kira 100 hadirin di ‘Wacana Harapan- 1MDB ke mana hujungnya?’ anjuran Akhbar Mingguan Amanah di Petaling Jaya malam tadi.

Zaid yang juga merupakan salah seorang tenaga penggerak ‘Selamatkan Malaysia’, suatu gerakan yang dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan PAN perlu bertanding di semua kerusi yang bakal PAS bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Jadi, kita tahu sasarannya, tempat orang-orang Melayu, (tempat) orang PAS kuat, (tempat) itu (kita) kena pergi.

“Saya harap parti Amanah akan bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding.

“Saya cakap ni semangat sikit sebab (bakal) Menteri Besar (Kelantan) ada sebelah,”katanya sambil memegang tangan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Selain Zaid, turut menjadi ahli panel forum itu ialah Matthias Chang, Zainur Zakaria, Husam Musa dan Anis Syafiqah Md Yusof (Timbalan Presiden, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, kader mahasiswa PAN).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.