Hafiz Yatim
LIHAT VIDEO DI SINI
‘Malaysian Official 1' yang jelas ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak, tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah di Amerika Syarikat
kerana beliau tidak memiliki sebarang aset yang akan dilucutkan haknya
dan penyiasat terikat dengan konvensyen antarabangsa, kata peguam Mohd
Haniff Khatri Abdulla.
Beliau berkata walaupun laporan Jabatan Kadilan (DOJ) tidak menamakan
Najib secara langsung, ia tidak membebaskan perdana menteri daripada
dakwaan penipuan atau sogokan berhubung dengan dana 1MDB.
Haniff, yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam beberapa prosiding mahkamah terhadap Najib berkata, begitu juga
dengan pegawai-pegawai 1MDB yang tidak dinamakan secara langsung tidak
bermakna mereka bebas daripada dakwaan penipuan.
Beliau berkata, tindakan mahkamah oleh DOJ itu menunjukkan bahawa asas
tindakan adalah penipuan dalam 1MDB, dengan dana yang berasal dari
Malaysia.
Hasil dana telah disalurkan keluar dari negara ini, termasuk ke Amerika Syarikat, dengan pembelian aset.
"Dokumen mahkamah juga menunjukkan terdapat sogokan, atau dana
kemudian kembali ke Malaysia. Ia terletak dalam bidang kuasa Malaysia
dan agensi-agensinya untuk menentukan sama ada terdapat unsur rasuah
atau sogokan dan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka.
"Bolehkah Amerika bertindak terhadap penipuan atau dakwaan rasuah?
Tidak boleh, kerana di negara itu ia hanya melibatkan pengubahan wang
haram, mereka tidak boleh bertindak (berhubung penipuan) di sana.
Mereka
tidak boleh bertindak ke atas 1MDB officials 1, 2 atau 3 atau juga
Malaysian Official 1 di sana.
"Ini tidak bermakna mereka yang terbabit itu tidak terlibat dalam
penipuan atau sogokan. Rakyat perlu memahami ini adalah daripada dokumen
mahkamah," kata Haniff.
Tindakan boleh diambil ke atas mereka di Malaysia, kata peguam itu.
Haniff berkata demikian dalam tiga rakaman video mengenai isu 1MDB
dan dokumen DOJ, yang telah dirakamkan oleh blogger Dinturtle dan
disiarkan di blog dan juga di Facebook peguam itu.
Daripada kertas mahkamah, DOJ melaporkan Malaysian Official 1 menerima wang AS$731 juta, kononnya daripada dana 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.