Exco itu berkata terdapat kekeliruan dalam jawapan
bertulis yang diberikan kepada media dengan jawapan yang dibacanya di
dalam DUN semalam.
SHAH ALAM: Exco Selangor menafikan kerajaan negeri akur dengan penggunaan Akta Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca) yang dikatakan langkah terbaik untuk mencegah elemen keganasan dalam negara ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata terdapat kekeliruan dalam jawapan bertulis yang diberikan media dengan jawapan yang dibacanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam.
Malah, katanya kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan penggunaan Pota dan Poca kerana akta itu tidak mempunyai prinsip keadilan dalam melakukan perbicaraan.
“Ini semua tidak menekankan prinsip tersebut jadi saya nak betulkan salah tanggapan daripada jawapan saya. Dalam jawapan tersebut jelas saya katakan prinsip keadilan dalam perbicaraan harus ditekankan di situ.
“Pun begitu saya ingat setakat ini saya rasa jawapan sebenar itu pun belum sedia lagi. Cuma saya ingat mungkin daripada media sosial yang saya lihat jawapan, saya tidak tahu siapa yang berikan jawapan itu.
“Saya sendiri pun tidak tahu ada wartawan yang mintak jawapan daripada saya. Memang ada perkataan sokong di situ tapi itu tidak menjadi prinsip dan kami terlepas pandang dalam jawapan bertulis yang dihantar kepada Dewan (DUN),” katanya pada satu sidang media.
Semalam Yunus dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor akur penggunaan Pota dan Poca sebagai langkah terbaik untuk mencegah elemen keganasan dalam negara ini.
Jawapan itu diberikan Yunus ketika sesi soal jawab yang dikemukakan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) pada sesi hari pertama sidang DUN Selangor semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.