Hafiz Yatim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan oleh anak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datuk Mohd Nazifuddin Mohd
Najib berhubung rayuannya terhadap CIMB.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuannya berhubung kes
Nazifuddin yang bertindak sebagai penjamin sebuah syarikat yang gagal
membuat bayaran semula kepada bank.
Dengan ini, keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang
memerintahkannya membayar RM200,000 - iaitu jumlah yang terhutang oleh
syarikat berkkenaan kekal.
Keputusan itu dibuat dalam kamar.
Bulan lalu, CIMB dilaporkan menuntut daripada Nazifuddin, anak Najib
hasil perkahwinan pertamanya, untuk membayar sejumlah wang selepas
syarikat yang diaminnya gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut
perjanjian sewa beli.
Peguam Nazifuddin bagaimanapun berhujah bahawa CIMB tidak berhak menuntut jumlah penuh sebanyak RM200,000.
Ini kerana dalam surat tuntutannya, CIMB memohon RM12,000 dari
Nazifuddin, justeru, peguamnya berkata bank itu tidak boleh menuntut
jumlah keseluruhan.
Mereka mendakwa bahawa perjanjian jaminan yang menyatakan bahawa liabiliti pelanggan hanya terhad kepada apa yang dituntut.
Anak Najib gagal membatalkan kes itu di Mahkamah Sesyen manakala CIMB memperolehi penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus adalah keputusan tanpa perbicaraan penuh.
Nazifuddin diwakili peguam Justin Voon manakala peguam K Ganesan mewakili CIMB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.