Beliau
yang dikenali sebagai Xifu Naser berkata, pemikiran 'xiao ren' (orang
kerdil) tidak mencerminkan 'mindset' masyarakat Cina keseluruhannya
seperti hasil ciptaan Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee itu.
Mengulas
video lagu kontroversi terbaharu Namewee bertajuk 'Oh My God' itu,
beliau berpendapat jika kaum Cina berdiam diri dan tidak mengambil
tindakan tegas terhadap Namewee itu menggambarkan kiasu kapitalisme yang
semakin melarat.
Xifu
Naser yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Cina Muslim Malaysia
(Macma) dalam artikel terbaharunya turut mempersoalkan tujuan kononnya
untuk membina harmoni antara para penganut agama di Malaysia seperti
alasan Namewee dalam rakaman video berdurasi empat minit itu.
"Bagaimana
bina harmoni bila Hinduisme dipinggirkan dan isu 'pisang' pula
ditonjolkan? Apakah ajaran moral yang dibawa untuk bina harmoni?"
soalnya dipetik dari akhbar Sinar Harian hari ini.
Video
yang dimulakan dengan azan Allahuakbar itu memaparkan empat individu
mengenakan pakaian berlambangkan agama Islam, Kristian, Taoisme dan
Buddhisme tanpa imej keagamaan Hinduisme.
Menurut
Xifu Naser lagi, video itu mengandungi dialog murahan mengenai lelaki
yang kecewa putus cinta kerana kekasihnya mendapat lelaki baharu yang
lebih besar 'pisang' daripadanya dengan perkataan berkonotasi lucah itu
disebut jelas dalam video tersebut.
Mengulas
lanjut, ujar Xifu Naser lagi, video berkenaan membawa mesej bahawa
Tuhan hanya berguna apabila seseorang dilanda masalah seperti isu
'pisang' lebih kecil, dimarahi bos dan pelanggan lari serta mengusir
syaitan dan sial.
Tidak dapat pulang Malaysia
Dalam
perkembangan berkaitan ketika meledak kontroversi video tersebut,
Namewee dikatakan berada di Taiwan dan China pada masa ini sekaligus
tidak dapat pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Akhbar
Sin Chew Jit Poh semalam melaporkan Namewee tidak dapat memberi ulasan
tentang video kontroversinya itu tetapi pada masa sama Pengurusnya, Xiao
Zhu mmberitahu ciptaan Namewee itu "tidak mempunyai apa-apa niat
jahat."
Kontroversi
mengenai Namewee mula tercetus pada 2007 dengan rakaman video rap
"Negarakuku" yang dilihat antara lain menghina azan Subuh.
Lelaki
berasal dari Muar, Johor itu juga mencipta lagu berjudul 'Kawanku'
dengan lirik antaranya, "Melayu balik hutan jadi sakai".
Walau
bagaimana pun, Namewee pada 2011 muncul dengan filem sulungnya berjudul
"Nasi Lemak 2.0" yang dikatakan sebahagian pihak sebagai membawa
gagasan 1Malaysia.
Bahkan,
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri pernah
menganggap Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia serta
individu unik yang tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah
menyampaikan idea.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.