MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Jurucakap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilaporkan
mengesahkan persengketaan keluarga yang menyaksikan anak perempuan
tirinya, Azrene Soraya Abdul Aziz secara terbuka membidas abangnya Riza
Aziz.
Jurucakap yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar The Weekend Australia, semalam bahawa beliau telah membaca posting Azrene Soraya di Facebook dan akaun Twitter.
"Beliau mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu kata tetapi
saya boleh mengatakan dengan pasti bahawa hubungan ibu dan anak
perempuan itu renggang selama bertahun-tahun.
"Kami tidak mahu mengulas buat masa ini," beliau dipetik sebagai
berkata, sambil menambah bahawa ia adalah persengketaan peribadi
keluarga.
Azrene berkata abangnya, Riza, yang dinamakan dalam saman sivil
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menerima balasannya kerana
menjual dirinya syaitan.
Ini berikutan saman yang mahu menyita dan merampas aset AS$1.3 bilion
yang didakwa disalahgunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Dokumen 136 muka surat, antara lain, menyenaraikan Riza sebagai tokoh utama dalam saman pelucutan hak sivil itu.
Riza sebelum ini menafikan bahawa syarikat produksi miliknya, Red Granite, telah menerima dana daripada 1MDB.
Walau bagaimanapun, dokumen mahkamah terkini menyatakan bahawa Red
Granite menerima AS$64 juta dana yang dikesan berasal daripada 1MDB.
Sebagai respon, Red Granite berkata ia tidak mempunyai sebab untuk
mempercayai wang yang digunakan untuk membiayai pembikinan filem 'The
Wolf of Wall Street' diperolehi sevara tidak sah dan bahawa dakwaan
terbaru itu tidak akan menjejaskan operasinya.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan tidak
dinamakan dalam saman DOJ itu walaupun ia membuat rujukan sebanyak 36
kali untuk "Malaysian Official 1".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.