KOTA TINGGI: Empat maut, manakala 33 yang lain terselamat selepas bot
dinaiki karam dalam kejadian kira-kira 80 meter dari Pesisir Pantai Batu
Layar di sini, malam tadi.
Komander Operasi Azlan Mohd Sobri dari Balai Bomba dan Penyelamat
Bandar Penawar, berkata empat yang maut itu membabitkan tiga wanita dan
seorang lelaki.
"Berdasarkan maklumat setakat ini, bot dinaiki 37 penumpang warga
Indonesia dengan yang terselamat membabitkan 25 lelaki dan lapan
perempuan," katanya di sini, pagi ini.
Katanya, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar
bersama anggota keselamatan lain membantu operasi sejurus menerima
panggilan pada jam 11.07 malam.
Turut membantu ialah 12 anggota polis, 29 askar, tiga petugas hospital
dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Katanya, operasi pencarian masih dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.