Ahad, 5 Jun 2016

PRK Sungai Besar saksikan pertandingan tiga penjuru

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Seperti diduga, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN). 
 
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Khairudin Mohd Som sebentar tadi. 
 
Katanya, Budiman Mohd Zohdi mewakili Barisan Nasional (BN) dan Dr Abd Rani Osman bertanding atas tiket PAS, manakala Azhar Abdul Shukur mewakili Parti Amanah Negara (PAN). 
 
Terdahulu ketiga-tiga calon berkenaan menyerahkan borang pencalonan masing-masing antara jam 9.05 hingga 9.12 pagi tadi kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Seri Bernam, di sini. 
 
Pengumuman itu dibuat selepas tamat tempoh bantahan bermula jam 10 pagi. 
 
Kerusi Parlimen P93 Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. 
 
Seramai 42,656 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada 18 Jun ini bagi memilih wakil rakyat baharu.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.