KUALA KANGSAR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan
pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan
Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas.
BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr
Najihatussalehah Ahmad, calon PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli,
sementara calon Bebas pula, Izzat Bukhari Ismail Bukhari.
Pengumuman senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli
Perak, di sini sebentar tadi.
Wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi, Dr
Najihatussalehah pada jam 9.05 pagi dan masing-masing pada jam 9.10 pagi
oleh calon PAN dan Bebas, Ahmad Termizi dan Izzat.
SPR juga memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak selepas
kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu
yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas.
Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatnya bertanding dalam PRK
Kuala Kangsar dan keluar dari Pusat Penamaan Calon pada jam 10 pagi.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci sebab menarik diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.