PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih
berteka-tike apabila ditanya sama ada barisan Kabinet ini adalah
sebagai persediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Najib berkata: "Ia bergantung bila pilihan raya umum akan datang akan diadakan."
Kepada soalan bila beliau akan mengadakan pilihan raya umum, katanya: "Saya tak tahu lagi."
Ketika ditanya jika beliau sedar tentang rancangan Husni untuk bersara, Najib berkata Husni telah memaklumkan kepada beliau tentang hasratnya untuk bersara dan ia harus dihormati.
"Beliau sudah bersedia untuk bersara," katanya.
"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini," katanya yang dipetik laporan Bernama.
Kepada soalan kenapa tiada wanita dipilih untuk mengisi jawatan dalam rombakan Kabinet kali ini, Najib berkata: "kami boleh sentiasa isi pada bila-bila masa. Tidak perlu bimbang mengenainya."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.