Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bong Moktar Radin meminta
ahli Umno bertenang dan tidak bertindak mengikut emosi untuk keluar
parti ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan pemimpin tertinggi.
Sebaliknya berkata semua ahli parti bertunjangkan Melayu itu perlu
kembali merapatkan saf masing-masing dan berusaha untuk mengekalkah
kedudukan parti berkenaan dan berhenti memecahbelahkan parti dari dalam.
"Saya suka berpesan kepada ahli-ahli Umno kita kena bertenang dan harus
sentiasa akur dengan keputusan kepimpinan parti, sebab kalau kita
terlalu emosi maka parti akan lemah dan runtuh, yang rugi bukan
siapa-siapa tetapi ahli-ahli parti dan orang melayu, perkukuhkan berisan
kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bung berkata demikian bagi mengulas tindakan ketua cawangan Umno
Bahagian Semporna yang meninggalkan parti sebagai tanda protes Majlis
Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaan Ketua Umno Bahagian
Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu.
Bung Moktar turut berkata tindakan menggantung Shafie adalah demi kebaikan dan kepentingan parti secara keseluruhannya.
Malah beliau percaya Shafie mampu untuk menghadapi tindakan itu dan
meminta semua ahli berdoa agar beliau kembali ke pangkuan Umno.
"Pemimpin datang dan pergi perjuangan parti kena diteruskan, saya
percaya Datuk Seri Shafie Afdal mampu melakukan yang terbaik, sudah jadi
lumrah politik hari ini berkawan esok jadi lawan," katanya lagi.
Semalam, 300 daripada 481 ketua cawangan di bahagian itu mengumumkan
keluar parti termasuk Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan
Sambakong bersama tiga ketua sayap parti berkenaan.
"Saya terkilan sedikit dimana perkara sebegini berlaku di Semporna, ia
itu seramai 300 cawangan Umno keluar dari parti, bersama dengan Naib
Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri sekali, ini
dilihat sebagai tanda protes terhadap kepimpinan parti," tambah Bung
Moktar.
Bagaimanapun jumlah itu dinafikan Timbalan Ketua Umno Bahagian berkenaan Datuk Nasir Sakaran.
Menurut beliau, hanya sekitar 150 hingga 200 ketua cawangan Umno Bahagian Semporna sahaja yang keluar meninggalkan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.