shahbudindotcom
Pemilihan
Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di
Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal
serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.
Di
mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih
Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?
Tidakkah
wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di
mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas
urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga
kehormatan mereka?
Wanita
yang edah juga tidak dibenarkan menziarahi kematian orang lain, pergi
ke majlis kenduri, berhias, memakai barang kemas dan sebagainya
sepanjang dalam tempoh edah tersebut.
Dari segi budaya pula, edah turut dianggap tempoh berkabung sebagai tanda sedih atas kematian suami.
Jika
wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan
sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan
keluar lebih daripada 12 sehari sepanjang tempoh kempen nanti
sedangkan baru saja kematian suami pada 5 April lalu?
Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN?
Tidak
simpatikah beliau kepada arwah suaminya di dalam kubur di mana ketika
tanah kuburnya masih lagi merah, beliau bukan saja melanggar hukum
Islam yang wajib dipatuhi, malah akan selalu meninggalkan rumah
semata-mata untuk bergelar Yang Berhormat, sama seperti jawatan suaminya
dahulu?
Dalam
hal ini, di manakah ulama-ulama dalam UMNO, apakah mereka sudah jadi
bisu semata-mata bersetuju kerana melihat pemilihan Mastura mampu meraih
simpati dan seterusnya membawa kemenangan kepada BN?
Apakah
UMNO sudah benar-benar tiada calon lain yang lebih sesuai untuk
diketengahkan sehingga balu yang dalam edah dan sepatutnya lebih sesuai
duduk di rumah, dipilih sebagai calon?
Dalam
maksud yang lebih jelas, balu yang dalam tempoh edah dikira haram
bertanding kerana ia secara rela hati melanggar peraturan-peraturan edah
itu sendiri seperti keluar rumah bukan kerana darurat, menghias diri,
memakai barang kemas serta terlibat dengan percampuran yang lebih
terbuka dengan kaum lelaki yang bukan muhrim.
Di dalam Al Quran, perkara mengenai wanita dalam edah ini disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 228.
Sekali
lagi, pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah
dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang
ini.
Pemilihan
beliau sebagai calon adalah haram, bersetuju menerima sebagai calon
juga haram, bahkan mengundinya boleh dikira sama hukumnya.
Kalau pun benar ingin sangat kepada kemenangan dan menjaga air muka Najib, apakah hukum Tuhan mahu diengkari?
Jika
di Sungai Besar, seorang Adun dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen
sudah dianggap aneh, di Kuala Kangsar ini kegilaan dalam membuat memilih
calon sudah sampai ke tahap tiada taranya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.