ARIF ATAN
Kepincangan
pengurusan dana dan agihan kerana penyelewengan peruntukan kerajaan
meliputi hampir segenap bidang dengan ketara dalam hal berkaitan
keperluan asas, dakwa aktivis Amanah Sadong Jaya, Fauzi Syafei.
Menurutnya ramai rakyat yang memerlukan kini berputih mata terutamanya membabitkan golongan nelayan.
"Bantuan baja tak sampai. Tangki 1Malaysia pun bukan semua dapat.
Bagi mereka yang mencari rezeki di lautan, pohon lesen nelayan susah tak
dapat.
"Apa lagi kalau sudah dicop sebagai kuat pembangkang, lagilah tak
diberi lesen sampai satu bot kongsi empat, lima nelayan," ujarnya ketika
ditemui Malaysia Dateline di Sadong Jaya hari ini.
Mengakui dasar kerajaan sebahagiannya berpihak kepada rakyat, beliau
berkata, berlaku penyelewengan yang jelas di peringkat pelaksanaan.
"Dasar di atas kertas nampak baik tapi bila turun ke bawah,
pengurusannya teruk. Kalau projek infrastruktur, bahan binaan tak
berkualiti yang diguna," jelasnya.
Selain agihan dana, tambahnya, ketidakadilan juga berlaku dalam hal berkaitan penggunaan bangunan awam termasuk rumah ibadat.
"Sekarang dewan orang ramai dikuasai BN sejak dulu apalagi ketika
kempen pilihan raya. Masjid dan surau juga dikuasai konco-konco BN,"
ujar Fauzi lagi.
Ketika ketirisan agihan dana dan bantuan kerajaan dilihat gagal
ditangani secara berkesan, Najib Razak terus menambah peruntukan untuk
pembangunan luar bandar di Sarawak sebanyak RM1.5 bilion dalam Bajet
2016, berbanding RM1.1 bilion pada Bajet 2015.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, calon Amanah di N24
Sadong Jaya, Othman Mustafa bertanding dalam empat penjuru antara BN,
Pas dan calon Bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.