MALAYSIA DATELINE
Kedudukan
Malaysia dalam ranking Index of Press Freedom, di tangga 146 dari 180
negara, amat memalukan kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2016 yang diraikan pada 3 Mei setiap tahun.
Mohd Azmin yang jugas menteri besar selangor menjelaskan, rakyat
negara ini perlu memperkukuhkan iltizam untuk membangun dunia media yang
bebas, demokratik luhur dan bertanggungjawab.
"Ini adalah sebahagian dari perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.
"Kebebasan media merupakan salah satu tunggak terpenting kepada
demokrasi. Tanpa media yang bebas, demokrasi akan tempang dan lumpuh.
"Media yang bebas akan melaporkan kebenaran yang berlaku dalam
masyarakat, mendedahkan kepura-puraan dan kezaliman penguasa durjana
serta menyediakan wahana untuk perdebatan dan percambahan idea.
'Apabila media dibungkam, maklumat yang sahih sukar diperolehi untuk
rakyat membuat pendirian dan keputusan yang saksama. Sebaliknya, yang
akan berleluasa adalah pembohongan yang disaluti dengan basa-basi dan
eufemisme. Fikiran rakyat akan terpasung, jumud dan seterusnya hilang
kreativiti," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, pemerintah otoritarian tiada yang lebih mereka takuti
dari kebenaran dan maklumat yang sahih kerana kebenaran dan maklumat
tersebut ujarnya, akan membebaskan minda rakyat dan mendedahkan kepada
mereka kepincangan dan kedurjanaan pemerintah.
"Maka tidak hairanlah mengapa pemerintah yang tidak demokratik dan mengamalkan dasar kuku besi memusuhi kebebasan media.
"Sejarah membuktikan bahawa perjuangan untuk membangun sebuah
demokrasi yang matang dan adil sudah barang tentu melibatkan perjuangan
membangun media yang bebas, adil dan bertanggungjawab," ujarnya.
Justeru
Azmin berkata, cadangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 untuk menyekat blog dan portal berita bercanggahan dengan semangat
kebebesan akhbar dan perlu ditentang.
Justeru itu setiap demokrat sejati ujarnya adalah rakan setia kepada
wartawan yang berjiwa merdeka dan media yang bebas lagi
bertanggungjawab.
"Hari ini (3 Mei) adalah tarikh keramat bagi pengamal media dan
aktivis kewartawanan yang cekal berpegang kepada prinsip kebebasan
akhbar.
"Laporan terbaharu Wartawan Tanpa Sempadan menyatakan cabaran yang
semakin getir dihadapi oleh pejuang-pejuang kebebasan akhbar akibat
cengkaman meningkat dari pemerintah dan kepentingan sektor swasta,"
ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.