Isnin, 30 Mei 2016

Fathul Bari: 'Biar anak ganti Mastura berkempen'

Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya


SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahya mencadangkan supaya pimpinan tertinggi BN dapat menghormati keputusan agama dalam isu pemilihan balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Menurut Fathul Bari, aktiviti berkempen sewajarnya diganti oleh anak beliau sepanjang tempoh PRK Kuala Kangsar berlangsung memandangkan kehendak agama wajib didahulukan dari kehendak manusia.

“Mastura tidak boleh keluar dari rumah untuk berkempen memandangkan masih berada dalam tempoh edah selama 4 bulan 10 hari.

“Sebaliknya, biarlah anak beliau menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh PRK ini,”katanya melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Masih dalam edah, Mastura tidak dapat sertai kempen PRK]

Sebelum ini, Mastura memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadualkan bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

Dalam pada itu, Fathul Bari turut berharap agar pengundi-pengundi bukan Islam dapat memahami sensitiviti hukum yang telah diputuskan dalam agama ini.

Katanya, hukum bagi wanita yang sedang menjalani edah telah disepakati oleh ulama tentang larangan keluar dari rumah selama tempoh berkenaan.

“Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas-nas agama yang merentasi fahaman mahupun ideologi politik,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.