MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Pemimpin AMANAH, PKR atau DAP perlu belajar hormati janji dan
persetujuan. Jangan bila sampai hari penamaan calon sudah memberi
gambaran kegoyahan Pakatan Harapan dek kerana beberapa kerat yang cuba
menjadi wira.
Jika kamu tidak mahu bergerak secara koalisi yang asasnya
permuafakatan, maka nyatakan pendirian kamu dan parti. Ini lebih
memudahkan perjalanan dan gerakan rakyat untuk terus mara. Belajarlah
dari kesilapan yang berlaku ketika wujud Pakatan Rakyat.
Pesanan ini saya tidak hanya ditujukan untuk mereka yang terlibat
dalam PRN di Sarawak. Ianya ingatan sepanjang zaman selagi hasratnya
mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Jika tidak teruslah
bergelar pembangkang terlama didunia.
Saya kira ramai yang setuju seharusnya semua parti harus bergerak
atas paksi yang telah dipersetujui. Bukan memberi seribu satu alasan
dalam menunjuk kuasa. Saya tidak tuju pada semua, tapi siapa yang faham
pasti berfikir apa yang perlu dibuat.
Jika kita mahu 1 lawan 1 bila berhadapan dengan PAS agar tidak
memberi kemenangan kepada BN, mengapa kita tiada semangat itu sekaligus
menghormati apa yang dilaung bahawa tiap keputusan yang diambil perlu
melalui konsensus.
Ambillah iktibar yang berlaku di Dun Sungai Acheh dan Kota Damansara,
tiada apa pun yang menguntungkan selain dari kepuasan sendiri. Ingat
siapa yang berkenaan, jangan asyik fikir mahu tumbangkan BN dengan
stratergi sendiri bimbang nanti kamu yang terkubur sekali.
Maka punya keperluan atas nama Majlis Presiden Pakatan Harapan atau
mereka yang bertanggungjawab mengelola perjalanan Pakatan Harapan untuk
mengambil tindakan kepada mereka yang suka bergerak sendiri. Rakyat
bukan sekadar menilai BN tetapi mereka juga "sedang memerhati anda'.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.