KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah
melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar
Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk
Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
kepada Bernama hari ini.
Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja
Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu
yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa
mulai hari Jumaat, 22 April 2016.
"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu."
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat
(DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan
Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk
Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.