Oleh Jacquelyn Su Wan Chuen
Kita
sering mendengar orang berkata, ‘awak mempunyai personaliti yang teruk’
dan sebagainya. Personaliti merujuk kepada gaya berfikir, emosi dan
kemahiran perlakuan seseorang apabila bertindak balas dengan
persekitaran luar.
Bagaimana personaliti anda? Sekiranya anda dapat menyatakan siapa diri anda, maka anda telah mula mencari personaliti anda.
Salah
satu langkah untuk menangani masalah tingkah laku remaja iaitu memupuk
sikap saling membantu. Remaja yang mempunyai penghargaan kendiri positif
memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan kepada remaja yang
mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru.
Di samping itu, kita juga boleh menaikkan semangat
dengan memberikan motivasi dan galakan kepada para remaja. Remaja
sentiasa memerlukan bimbingan daripada ibu bapa, guru dan orang dewasa
lain dalam pembentukan identiti dan dalam proses penyesuaian ke dalam
masyarakat. Walaupun remaja boleh menyelesaikan sendiri tetapi peranan
ibu bapa dan guru menjadi role model untuk mereka. Seterusya ialah
memperbaiki kendiri yang lemah.
Sebagai contoh, guru perlu sentiasa
menggunakan pendekatan pembelajaran di hadapan kelas untuk memberi
peluang remaja menampilkan diri dan boleh menambah keyakinan diri. Pada
masa yang sama, remaja akan bersemangat untuk belajar dan memberi
tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung.
Secara umumnya, strategi pengajaran
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu strategi pemusatan kepada guru,
remaja atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru
bergantung pada situasi remaja.
Pemusatan strategi yang diplih adalah tidak tetap kerana boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa remaja.
Pemusatan strategi yang diplih adalah tidak tetap kerana boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa remaja.
Guru akan menentukan strategi pengajaran mengikuti keadaan yang sesuai.
Selain daripada itu, guru haruslah menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran untuk menarik minat remaja
untuk belajar. Ini kerana terdapat banyak kebaikan dan kepentingan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dapat menarik
perhatian pelajar untuk belajar dan pelajar tidak akan berasa bosan dan
mengantuk dalam kelas.
Kawalan emosi perlu dilatih oleh setiap remaja dan kesan ini akan mempengaruhi tingkah laku.
Emosi
yang stabil akan berlakunya dengan tindakan balas seseorang terhadap
situasi yang dihadapi.
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai keadaan emosi ditujukan oleh remaja. Oleh itu, guru perlu sensitif memerhatikan perbezaan emosi remaja. Kebolehan meramal emosi juga dikenali sebagai kemahiran pengajaran melalui air muka. Gangguan emosi dalam kalangan murid-murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif.
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai keadaan emosi ditujukan oleh remaja. Oleh itu, guru perlu sensitif memerhatikan perbezaan emosi remaja. Kebolehan meramal emosi juga dikenali sebagai kemahiran pengajaran melalui air muka. Gangguan emosi dalam kalangan murid-murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif.
Contohnya, gangguan emosi berpunca daripada masalah kesesakan dalam
kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan
kesalahan disiplin seperti ponteng kelas, menyendiri, murung, marah dan
sebagainya. Peristiwa dalam keluarga melibatkan perubahan yang besar dan
penyesuaian dalam kehidupan kanak-kanak dan ia mempengaruhi
pengembangan emosi mereka.
Sebelum bermulanya
proses pembelajaran, guru digalakkan mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan pembelajaran yang lepas. Hal ini akan membentuk personaliti ego
kerana remaja akan berusaha mengingat, mengamati apa-apa yang telah
dipelajari oleh mereka sebelum ini untuk tujuan menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru. Apabila persoalan yang dikemuka dapat dijawab
dengan lancar, mereka akan berasa puas walaupun jawapan yang diberikan
tidak menepati kehendak guru. Sebagai kesimpulan, guru akan memberikan
jawapan yang tepat dan sebagai remaja mereka akan mengambil iktibar yang
baik untuk mengawal tingkah.
Langkah seterusnya
ialah mengembangkan minat secara cemerlang kerana minat merupakan satu
anugerah daripada Tuhan. Setiap orang mempunyai bakat yang berlainan
seperti kebolehan menyanyi, menari, melukis dan sebagainya. Jika
seseorang itu berbakat akan memudahkan guru menyampaikan maklumat.
Terdapat kajian menyatakan bahawa pelajar sederhana lebih kreatif
daripada remaja pintar. Antara kaedah untuk membimbing remaja mengikut
kebolehan boleh menyediakan latihan atau tugasan dengan tahap pencapaian
remaja. Melalui aktiviti yang sesuai, mereka akan sentiasa menikmati
pengalaman tersebut.
Oleh itu, guru perlu meneliti minat yang dimiliki oleh remaja dan mencari jalan untuk mengembangnya.
Tambahan
lagi, guru harus menggalakkan remaja menggemukan soalan. Teknik soal
jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru
dan pelajar secara berkesan. Menyoal atau bersoal jawab sering
menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR
ataupun KBSM.
Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan
atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai
soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk
ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh
ditimbulkan di sini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal
kepada pelajar-pelajar di dalam kelas? Salah satu perkara yang penting
ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran
bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu
maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang
positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Langkah
terakhir ialah mengenal pasti remaja mempunyai perbezaan dalam
kesediaan emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor. Kita perlu
memikir dan mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan
kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka.
Guru yang
mengajar kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan
fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap
perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai
teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.
Oleh
itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran
yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta
dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak.
Secara
kesimpulannya, remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun
demikian, personaliti remaja mempunyai hubungan yang rapat dengan
perlakuan remaja. Pesonaliti seseorang boleh bersifat kekal serta boleh
berubah pada masa ke semasa.
* Jacquelyn Su Wan Chuen adalah mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.