Khalid juga harus menjawab sama ada adakah suku sakat
beliau memperoleh syarikat dan lesen serta tender dari Polis Diraja
Malaysia (PDRM) semasa beliau memegang jawatan KPN.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar harus menjelaskan dakwaan sama ada anak perempuan dan iparnya memperoleh lesen serta tender dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memiliki syarikat senjata api.
Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salah guna kuasa PERKASA Azrul Akmal Saharudin berkata, Khalid harus bertanggungjawab dan menjelaskan isu sendiri itu dan bukannya melalui Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Rahim.
“Isu ini sudah menjadi besar kerana menjejaskan jawatan Ketua Polis Negara. Oleh itu, Khalid harus jelaskan dan bukan mengarah timbalannya untuk buat kenyataan,” ujarnya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, hari ini.
“Kena jelaskan jikalau syarikat anak dia ini pernah mendapat projek atau tender dari PDRM. Kita nak tahu, pernah atau tidak.
“Kita nak tahu sejak bila dia dapat kontrak, selepas jadi KPN atau sebelum itu. Kalau sebelum itu lagi, ia tidak menjadi masalah, tapi kalau dia baru mendapat projek setelah KPN dilantik, barulah ia akan jadi isu,” ujar beliau lagi.
Justeru, Ahli Dewan Tertinggi PERKASA itu juga mencadangkan agar satu undang-undang khas diwujudkan untuk mengelakkan perkara ini berulang.
“Apabila mereka menjawat jawatan, kena ‘declare’ bahawa suku-sakat mereka tidak boleh ada urusan dengan jabatan atau agensi yang mereka jadi ketua,” ujarnya.
Semalam, Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada wujud konflik kepentingan dalam syarikat Nilai Arms & Ammunition (NAA) yang didakwa milik anak perempuan Khalid, Juwiza Khalid dan iparnya Mohd Isa Hussin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.