PORT DICKSON - Beberapa penduduk di Port Dickson dilaporkan merasai gegaran kecil sekitar 10 minit selepas kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia.
Seorang penghuni di berek polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, dia yang tinggal di bahagian atas bangunan berkenaan merasai gegaran.
Menurutnya, dia menyangka hanya pening baisa namun terlihat air di dalam cawan berkocak dan mula merasakan ada sesuatu luar biasa yang berlaku.
“Namun keadaan terkawal dan tidak lama selepas itu, mendapat maklumat bahawa ada gampa bumi di Sumatera.
"Bangunan berek polis ini terletak berhampiran dengan persisiran laut dan merasai gegaran jika berlaku gempa bumi di seberang sana adalah perkara biasa,” katanya.
Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu, tiada laporan di terima mengenai kejadian gegaran bangunan akibat gempa bumi di negeri ini.
Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada penduduk yang merasai gegaran namun hanya sementara serta tidak terlalu kuat dan tidak mendatangkan panik di k alangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.