SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima sekurang-kurangnya tiga panggilan kecemasan susulan gempa bumi kuat 7.9 magnitud yang melanda pesisir Sumatera Barat, Indonesia malam ini.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, panggilan itu diterima dari BBP Seksyen 7 Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Kajang.
"Sejurus terima panggilan pertama sejak jam 8.54 malam, pihak kami mengarahkan anggota bomba segera membuat pemantuan ke lokasi yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi kuat melanda Sumatera Barat]
Beliau berkata, antara kawasan yang menerima gegaran adalah di Flat PKNS Petaling Jaya, Kampung Baru Hicom dan Taman Bukit Ria Kajang.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia seperti dipetik dalam satu laporan portal tempatan berkata tiada ancaman tsunami di Malaysia biarpun gegaran dirasai di Selangor dan Johor susulan gempa di Sumatera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.