Jumaat, 25 Mac 2016

Pak Lah Penasihat Petronas baharu

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu.


Abdullah-Badawi-Petronas


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu.

Pelantikan yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri itu akan berkuat kuasa 1 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu.

“Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang,” kata Najib dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Pada 11 Mac lalu Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.