shahbudindotcom
Ketika
Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing
secara serta merta di Sarawak pagi tadi, ia sebenarnya dilakukan hampir
serentak dengan waktu ketibaan pulang Najib Razak daripada lawatannya ke
Amerika Syarikat sejak seminggu lalu sedangkan Perdana Menteri sudah
mengumumkan mahu berbincang terlebih dahulu dengan timbalannya berkaitan
isu itu sejurus pulang ke tanahair.
Memetik
laporan Berita Harian, Najib berkata akan mengadakan perbincangan
dengan Zahid berhubung cadangan kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja
Bangladesh sekembalinya ke dalam negara nanti.
Beri peluang saya berbincang dengan Ahmad Zahid sejurus pulang, kata Najib di akhir lawatannya di California, semalam.
Tetapi
dengan Zahid mengumumkan penangguhan tersebut hampir serentak dengan
waktu ketibaan Najib di KLIA, adakah keputusan itu dibuatnya sendiri
tanpa menunggu perbincangan yang dikehendaki oleh Najib itu?
Kenapa Zahid begitu tergesa-gesa membuat pengumuman sedangkan "bossnya" sudah menyatakan mahu berbincang terlebih dahulu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.