Sabtu, 20 Februari 2016

MB Kedah ada kuasa lantik Exco baru

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) yang baharu.
 
Menteri Pelajaran,Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Bashah mempunyai kuasa penuh sama ada mahu memilih Exco baharu atau mengekalkan yang lama untuk mentadbir negeri Kedah di bawah kepimpinanya.
 
Beliau yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah menegaskan, pihak lain tidak berhak mencampuri urusan pelantikkan Exco baharu jika ada.
 
“Bila seseorang itu menjadi Menteri Besar, dia (Bashah) berkuasa untuk melantik, oleh kerana dia masih baru dan kita beri peluang padanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) kali ke-6 di sini, malam tadi.
 
Sebelum ini, Ahmad Bashah dilaporkan berhasrat mengekalkan kesemua sembilan Exco di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Namun beliau dikatakan menerima tekanan daripada penyokongnya supaya membuat perubahan barisan Exco dengan melantik muka baru.
 
Semalam Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Exco Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah Isnin ini.
 
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin; ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Hussain; ADUN Pantai Merdeka, Ali Yahaya dan ADUN Pedu, Kama Noriah Ibrahim disebut-sebut sebagai antara nama mengisi senarai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.