shahbudindotcom
Di
bawah ini adalah antara petikan menarik yang dilontarkan oleh Muhyiddin
Yassin dalam kenyataan medianya dua hari lalu sebaik saja MT UMNO
membuat keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang
disandangnya sehingga pemilihan 2018 yang akan datang.
Gambaran
petikan itu seolah-olah dunia sudah terbalik di mana yang bersalah dan
terpalit dengan skandal dipertahan dan dikekalkan, manakala yang menegur
untuk kebaikan bersama, disingkir dan dibuang.
Esok 1 Mac pula, Muhyiddin akan kembali daripada luar negara dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.00 petang.
Hebahan
kepada rakan-rakan dan penyokong untuk menyambut kepulangannya sudah
disebarkan sejak malam tadi dengan tujuan agar seramai mungkin dapat
memberi sokongan terus menerus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.