SHAH ALAM: Pertemuan antara 21 ADUN Barisan Nasional bersama Jemaah
Diraja Kedah akan memuktamadkan nama Menteri Besar yang baru, bagi
menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin
Mohd Sani juga tidak menolak pertemuan diantara dua pihak itu juga
untuk mendapatkan kesahihan akuan bersumpah yang oleh 19 ADUN parti
berkenaan untuk menyatakan hilang sokongan terhadap Mukhriz.
"Jemaah Pemangku Sultan juga mahu mendapatkan pandangan ADUN dari hati
ke hati, lebih terbuka dan jelas apa yang mereka mahukan. Sebab ada
sebahagian ADUN mendakwa dipaksa (tandatangan akuan bersumpah).
"(Tetapi) Apabila sudah ada akuan bersumpah, agak sukar untuk
mengekalkan Mukhriz. Sebab apabila ada penolakan terhadap beliau, atau
berkemungkinan Jemaah Pemangku Sultan melihat keadaan yang berlainan.
Kita tidak tahu pemikiran pihak istana.
"Namun jika akaun bersumpah itu diterima, maka esok (petang ini)
berkemungkinan lebih kepada perjumpaan siapakah paling sesuai dan
mendapat sokongan terbanyak untuk menjadi ," katanya ketika dihubungi
Antarapos.
Azizuddin juga menggesa kemelut jawatan nombor satu negeri itu segera
diselesaikan sebelum ia membawa kesan yang tidak baik terhadap rakyat
dan pentadbiran negeri.
"Seseorang yang bakal menggantikan Mukhriz perlu seseorang yang
berkaliber, dihormati dan diterima oleh rakyat dan Umno Kedah, termasuk
pihak Mukhriz dan juga Umno Pusat. Malah pihak istana juga perlu boleh
terima (MB baru)," katanya lagi.
Perkembangan terbaru berkenaan krisis Menteri Besar Kedah menyaksikan
kesemua 21 ADUN BN Kedah dipanggil oleh Jemaah Diraja negeri itu pada
petang ini di Wisma Darul Aman.
Bukan itu sahaja pihak istana juga dijangka akan mengumumkan nama baru baru menggantikan Mukhriz.
Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media dengan menyatakan
pimpinan negeri hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimaklumkan sudah mengadap Yang
diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang dipercayai
membincangkan isu pengganti Mukhriz namun hingga ke hari ini belum ada
lagi nama baru diumumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.