Adenan merupakan seorang pemimpin yang mewarisi kepimpinan terdahulu
SIBU: Rakyat Sarawak perlu menterjemahkan keyakinan dan kepercayaan yang ada pada mereka dalam bentuk undi kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak dijangka diadakan pada April tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Adenan meneruskan daya kepimpinan yang baik diwarisi daripada pemimpin negeri terdahulu.
“Saya tahu Adenan seorang pemimpin yang sangat popular kerana ucapan dan begitu arif dalam menangani isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat di negeri ini.
“Bila datang pilihan raya negeri, semua rakyat Sarawak harus bersama-sama dalam memberi sokongan penuh mereka supaya beliau boleh terus menerajui kerajaan,” katanya lapor Bernama.
Berhubung kontroversi mengenai cadangan Adenan berkaitan tarikh penamaan calon dan pengundian dalam perbincangan tidak rasmi dengan beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata sebagai ketua Barisan Nasional negeri ini, Adenan hanya mencadangkannya.
Tetapi pembangkang telah menuduh beliau menetapkan tarikh itu kepada suruhanjaya itu, kata Ahmad Zahid.
“Keputusan muktamad berhubung kedua-dua tarikh ini hanya eksklusif kepada Suruhanjaya itu (SPR).
“Tidak ada keraguan mengenai perkara ini,” kata Ahmad Zahid.
Apa ini, belum lagi pernamaan calon sudah berkempen suruh undi kepada ketua menteri, kalau org lain cakap terus kena tangkap kerana tidak mematuhi sistem pilihanraya berkempen.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam