Khamis, 28 Januari 2016

‘Orang sedekah pasai apa bagi balik?’

A Kadir Jasin 



ULASAN l Kalau emak saya celik huruf dan pandai mengarang, tentu dia tulis cerita derma Raja Arab kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, lebih kurang macam ini:

“La, awat tak bagi tau awai-awai kata duit (AS$680 juta) tu Raja Arab bagi?

“Kalu tau kata Raja Arab bagi pasai nak lawan orang jahat (kununnya Ikwanulmuslimin) tentu kita sokong.

“Ni dak, dok dalih sama dalih sini. Lepas tu siasat sana siasat sini. Buang oghang tu buang oghang ini. Buat menyusah dan perabih duit saja.

“Kalu awai-awai mengaku kata Raja Arab bagi pasai nak tulung Najib memang pilihan ghaya (2013) bukan ka baguih? Ni dak, semunyi sana semunyi sini macam kawaq.

“Kalau Raja Arab dah bagi sedekah kat dia, pasai apa nak bagi balik? Buruk siku.

“Kalu Raja Arab bagi pasai nak tulung dia menang pilihan raya, pasai apa tak pakai duit tu? Dok tak dok kata dah bagi balik (AS$620 juta).

“Raja Arab yang bagi sedekah tu dah mati. Macam mana nak tau betoi ka dia bagi? Kalau dia dah mati, macam mana nak bagi balik duit tu? Bagi balik kat sapa? Kat anak cucu dia ka?

“Ni kegheja (kerja) tak masuk akai. Kesian Raja Arab tu. Dia mati tu satu hai la. Tapi yang Najib dok pi bagi balik tu pasai apa? Macam mana nak kira pahala dia?

“Pasai Najib tak guna semua duit sedekah Raja Arab tu la kot dia tak menang besaq dalam pilihan ghaya (2013)? Habih dia pakai duit sapa? Duit 1MDB ka?

“Ni yang mak heran. Pasai apa dia tak guna duit Raja Arab tu? Pasai bila orang keghobek (cungkil) baghu dia nak mengaku duit tu duit derma Raja Arab?

“Raja Arab bagi AS$680 juta. Dia bagi balik AS$620 juta. Jadi dia guna AS$60 juta saja la masa pilihan ghaya. Pasai pa dia tak pakai semua atau pakai banyak sikit?

“Yang tok guru mak dulu kata, duit sedekah yang orang amanah kat kita, kita kena istihar dan kena guna untuk oghang ghamai. Bukan masuk paket seniri.


“Yang kata dia pon teghima sedekah RM42 juta daghi SRC International tu macam mana pulak? SRC tu raja negeri Arab jugak ka?

“Tak tau la cik oi. Mak penin kepala. Dulu masa ayah hang jadi ketua Umno kampung kita, dia tak ada duit pun sampai kena gadai barang mas mak.

“La ni depa dok cakap milion milion bilion bilion. Mak sikit pun tak faham parti jaga rakyat atau jaga temolok depa.”

“Malu juga la Perdana Menteri kita dok pi mintak sedekah daghi Raja Arab. Macam kita ni susah sangat. Baik lagi kalu dia mintak Raja Arab tambah kota (kuota) jemaah haji kita.”

Nota kaki: Ikut kisah seribu satu malam, yang bagi duit tu kepada Mohd Najib adalah Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud. Baginda mangkat pada 23 Januari 2015.

Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri Saudi kata mereka tidak tahu menahu mengenai derma itu dan sama ada ia dikembalikan. Mohd Najib terima gelaran King Abdul Aziz Order of Merit daripada Raja Abdullah pada tahun 2010.

*  Datuk A Kadir Jasin adalah Tokoh Wartawan Negara dan juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Stratits Times. Beliau kini banyak menghabiskan masa dengan menulis dan menganalisis isu-isu semasa negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.