Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada tambah nilai tersebut.
Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Kastam, selaras undang-undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan.
Untuk rujukan orang ramai, soalan lazim (FAQ) mengenai rebat GST boleh didapati di laman web Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). – Bernama,
Syarikat telekomunikasi beri rebat prabayar bermula 1 Januari
Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada tambah nilai tersebut.
Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Kastam, selaras undang-undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan. Syarikat-syarikat telekomunikasi berusaha memastikan proses peralihan berjalan lancar supaya pelanggan tidak menghadapi sebarang masalah apabila membuat tambah nilai serta terus melabur secara berterusan dalam menaik taraf rangkaian negara bagi memastikan pelanggan memperoleh pengalaman berkualiti.
Untuk rujukan orang ramai, soalan lazim (FAQ) mengenai rebat GST boleh didapati di laman web Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.