Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.
Cucu
sepupu kepada pahlawan terkenal itu berkata, Tok Janggut kemudian
disembunyikan pengikutnya di Hulu Kelantan atau kini dikenali Gua Musang
untuk menyelamatkan beliau.
"Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok
Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah
Melayu," katanya.
Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di
sekeliling bandar Kota Bharu dan digantung songsang separuh bogel selama
tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.
Tegasnya, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu.
"Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal
wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut
ke mulut sahaja.
"Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor
fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli?
Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?,"
soalnya seperti dilapor Bernama.
Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan
Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah
Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di
sana.
Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan
Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang
Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.
"Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah
Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok
Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah
Pasir Puteh," katanya.
Kenapa tak muncul seperti Mat Kilau?
Timbul persoalan jika Tok Janggut masih hidup selepas peristiwa
pertempuran di Pasir Puteh, kenapa beliau tidak mengisytiharkan diri
seperti dilakukan pejuang Pahang, Mat Kilau.
Wan Asrul berkata perlu diingat satu ketika Mat Kilau
pernah bertemu dengan Tok Janggut di Kedai Lalat, Kota Bharu iaitu pada
1966.
Berlaku perbualan antara mereka berdua: "Abe Mad (Tok Janggut), tidak mahu keluar ke? Orang Putih (British) dah balik ini."
Jawab Tok Janggut; "Puak-puak kamu itu nak pilih orang Putih, biar mereka dah balik pun, biarlah aku hidup macam ini."
Menurut Wan Asrul, keadaan Tok Janggut ketika itu sudah
uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun dan bagi beliau lebih baik
memilih mendiamkan diri.
Ingatkan pesanan guru
Dalam erti kata lain, meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai, katanya.
Dalam erti kata lain, meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai, katanya.
Tiga tahun kemudian pada 1969 Mat Kilau menggemparkan
negara dengan mengisytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di
Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Tok Janggut adalah seangkatan dengan pejuang-pejuang lain
Tanah Melayu termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Haji
Abdur Rahman Limbong.
Berlaku beberapa siri pertemuan antara kesemua pejuang Melayu itu tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai hasil pertemuan itu.
Berlaku beberapa siri pertemuan antara kesemua pejuang Melayu itu tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai hasil pertemuan itu.
Salah satu pertemuan itu adalah dengan ulama Terengganu,
Tok Ku Paloh pada tahun 1913 yang turut dihadiri kelima-lima pejuang
Melayu itu.
Pada pertemuan itu, Tok Ku Paloh berpesan dengan
pejuang-pejuang Melayu itu sekiranya beliau meninggal dunia, Tok Janggut
adalah penggantinya untuk meneruskan perjuangan bangsa Melayu dan
Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.