Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang meneliti pembiayaan syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Red Granite Pictures ditubuhkan
oleh Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
yang telah menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.
Akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu memetik
orang yang biasa dengan perkara itu sebagai berkata siasatan ke atas Red
Granite Pictures merupakan sebahagian siasatan FBI atas aset dimiliki
Najib dan keluarganya.
Ini termasuk hartanah mewah di New York dan Los Angeles.
Red Granite Pictures memberitahu WSJ bahawa Riza mahupun
syarikat nya telah melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan "tidak
sesuai".
Dalam filem The Wolf Of Wall Street, hartawan yang
berhubungan dengan 1MDB- Jhow Low mendapat penghormatan apabila namanya
muncul dalam kredit di akhir filem berkenaan.
WSJ semalam memetik bekas ahli politik parti pemerintah
mendakwa Low dibawa ke dalam 1MDB untuk membantu perbelanjaan berkaitan
pilihan raya.
Low sejak itu menafikan hubungan dengan 1MDB.1MDB semalam dalam kenyataannya mendakwa laporan WSJ sebagai tidak berasas dan dikitar semula sejak pertengahan 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.