shahbudindotcom
Blog
ini pada 25 November lalu ada menulis mengenai Timbalan Presiden UMNO,
Muhyiddin Yassin, sekiranya tidak dipecat atau digantung keahliannya,
kemungkinan besar akan turut dihalang daripada berucap pada majlis
penutup Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini.
Kebarangkalian
itu dilontarkan berikutan keputusan MT UMNO pada 24 November yang
memutuskan Muhyiddin tidak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda
dan Puteri adalah semata-mata kerana Najib tidak mahu memberi ruang sama
sekali kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan sebarang
ucapannya.
Dengan
melarang berucap merasmikan perhimpunan sayap-sayap, Najib dipercayai
akan terus menutup semua peluang yang boleh memperlihatkan Muhyiddin
mampu menonjolkan dirinya.
Ini
adalah tradisi yang pertama kali dilanggari oleh UMNO dan ia hanya
berlaku di bawah kepimpinan Najib Razak yang sering mendakwa beliau
merupakan Pahlawan Bugis yang tidak takut berdepan apa juga cabaran,
waima sehingga bumi berkeling dua sekali pun.
Dan
kini Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mula
membayangkan ketidakperluan Muhyiddin berucap di majlis penggulungan
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dengan alasan tiada peruntukan dalam
perlembagaan parti seorang timbalan presiden harus berbuat demikian
seperti kelazimannya.
Bagi
saya Presiden UMNO seorang saja berucap sudah memadai, bagaimanapun
terpulanglah kepada Najib dan MT memutuskannya, ujar Ku Nan semalam.
Tidak
diraguikan lagi bahawa oleh kerana Ku Nan adalah "mulut kanan" kepada
Presiden UMNO dalam hal-hal berkaitan perjalanan parti, tujuan dan
kecenderungan beliau tidak lain ialah untuk membiarkan hanya Najib
seorang saja yang berucap dalam perhimpunan kali ini.
Jika
ini berlaku, bermakna sekali lagi tradisi UMNO, bukan saja dilanggari,
tetapi juga telah dihancurkan semata-mata untuk melindungi seorang
individu.
Kiranya
hanya Presiden UMNO saja yang berucap saja dalam majlis penggulungan
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, ia bukan saja menjadi acara
perhimpunan tahunan parti yang paling membosankan kerana asyik-asyik
Najib saja yang bercakap, bahkan semakin benarlah tanggapan Tun Mahathir
Mohamad bahawa UMNO kini sudah menjadi parti Najib.
Di
majlis perasmian Najib berucap, di sepanjang perbahasan puji-pujian
serta sanjungan terhadap Najib akan sentiasa berkumandang dan acara
penutup juga sekali lagi hanya Najib yang berucap.
Semuanya dilakukan hanya kerana ingin melindungi serta untuk kepentingan Najib sahaja dan bukan untuk kebaikan parti.
Akhirnya,
bukan saja Muhyiddin yang mahu dlarangnya berucap, bahkan semua
pemimpin lain seolah-olah turut sama dilarang menonjolkan dirinya. Tentu
saja yang paling kecewa dalam hal ini ialah Zahid Hamidi yang baru
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau juga tidak dapat
menonjolkan diri, keupayaan dan ketrampilannya bersama jawatan barunya
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.