Oleh Dr Maza
Memberikan nama yang baik dan sesuai merupakan perkara yang mesti dilakukan oleh ibubapa. Hendaklah ibubapa memilih nama yang mempunyai maksud yang tidak merosakkan ataupun buruk maksudnya.
Nama-nama arab kadang kala diberikan kepada anak-anak tanpa diselidiki terlebih dahulu maksudnya boleh membawa kesan yang kurang baik pada seseorang.
Ini seperti Shirrir (jahat), Shar (buruk), Zani (penzina lelaki), Zaniah (penzina perempuan), Zamihan (keji dan jelek), Syattam (pemaki hamun), Hasid (pendengki), Mufsid (perosak), Fattan (penimbul huru-hara) dan seumpamanya hendaklah dielakkan.
Dibimbangi maksud yang buruk mempengaruhi watak seseorang. Rujuk
terlebih dahulu kepada mereka yang mengetahui bahasa Arab sebelum
memberi nama kepada seseorang anak.
Selamat pengantin baru, semoga mendapat zuriat dan diberkati.
Selamat pengantin baru, semoga mendapat zuriat dan diberkati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.